Tuesday, March 30, 2010

POWER IMPIAN ..BERSAMA ANDA!!!!!!!!!!!!!!


HARGA KEMASUKAN YANG RENDAH HANYA RM 290

BAYARAN BONUS
SETINGGI 65% !!!!!!!!


50% LEBIH SENANG CLOSING DENGAN LATAR BELAKANG SYARIKAT YANG KUAT...

PELAN PEMASARAN YANG MUDAH !!!!

PRODUK UNIK UNTUK KAUM LELAKI DAN WANITA..


SELAMAT DATANG KE RANGKAIAN PERNIAGAAN POWER IMPIAN 2 U.



Power Impian International Sdn Bhd (“Power Impian”) adalah keluarga baru dalam Kumpulan Syarikat Impian (“Impian Group”)….. Dan melalui Power Impian, ia akan menerajui cita-cita Kumpulan Power Root di arena Industri Jualan Langsung Berbilang


MENGENAI POWER IMPIAN

Bak kata orang, “Impian boleh menjadi kenyataan”… Dan di Power Impian, kami percaya segala asasnya telah tersedia untuk memenuhi impian dan aspirasi Associates kami dan seterusnya memenuhi matlamat Kumpulan Power Root. Kepercayaan ini berlandaskan premis (i) asas kukuh yang dimiliki oleh Power Impian dari syarikat induknya (ii) ganjaran pelan pemasaran yang kukuh untuk para Associates (iii) tersedianya produk-produk berkualiti pada harga yang mampu dimiliki dan (iv) latihan dan sokongan yang secukupnya untuk para Associates.

Dengan ini, kami percaya bahawa kebaikan kedua-dua pihak, iaitu Power Impian dan para Associatenya akan terus menyerlah…….
Selamat datang warga Power Impian!



SYARIKAT PEMEGANGAN POWER IMPIAN

Natural Bio Resources Berhad (“Natbio”) adalah syarikat pemegangan untuk syarikat-syarikat Kumpulan Power Root, termasuk Power Impian. Natbio telah ditubuhkan di Malaysia di bawah Akta Persyarikatan 1965 sebagai sebuah syarikat awam. Ia memiliki terbitan dan modal-berbayar sebanyak RM60,000,000 dan ketika ini tersenarai di Pasaran Utama Bursa Saham Malaysia, Bursa Malaysia Securities Berhad.

Kumpulan Power Root terlibat dalam perniagaan pembuatan dan pengedaran minuman sedia diminum (“RTD”) kopi, teh RTD, minuman coklat malta RTD, bijirin dan minuman tenaga. Produk-produk Kumpulan Power Root di bawah jenama seperti Alicafe, Per’l Cafe, Oligo, Alitea dan Power Root. Semua jenama ini adalah dimiliki sepenuhnya oleh Kumpulan Power Root.

Hari ini, Kumpulan Power Root mengeksport produk-produknya ke 18 buah negara iaitu Singapura, Amerika Syarikat, Taiwan, Korea Selatan, Brunei, Emiriah Arab Bersatu (“UAE”), Republik China, Baharin, Qatar, Oman, Arab Saudi, Indonesia, Syria, Kuwait, Yemen, Jordan, Mesir dan Lebanon. Seterusnya, produk-produk Power Root juga dieksport-kembali oleh pengedar/pedagang seberang laut yang lain dan juga boleh didapati di Sudan, Australia, United Kingdom dan Filipina.

Ibupejabat dan kilang pembuatan milik Kumpulan Power Root terletak di Plentong, Johor Bahru. Kilang dan juga gudang ini dibina di atas sebidang tanah seluas 18 ekar. Kumpulan Power Root menggunakan mesin-mesin canggih untuk pembuatan minuman RTD dan minuman tin. Tambahan lagi, kilang ini mendapat tauliah HACCP dan GMP dan ia juga memiliki pentauliahan ISO 9001 : 2008 dan ISO 22000 : 2005. Sebagai peserta industri Fast Moving Consumer Goods (“FMCG”), Kumpulan Power Root memahami betapa perlunya menyediakan kepastian dan keyakinan penggunanya bahawa produk-produknya berkualiti tinggi. Jualan Kumpulan Power Root telah mencecah setinggi RM178 juta. Ini dengan sendirinya adalah satu testimoni keyakinan pengguna terhadap produk-produk Power Root.

Dengan asas yang kukuh dan piawaian lengkap, Power Impian akan berpegang pada sokongan disediakan oleh Kumpulan Power Root untuk menjadikan usaha niaga MLM ini satu kejayaan kepada kedua-dua pihak iaitu para Associate dan Syarikat.


Ibupejabat dan kilang pembuatan milik Kumpulan Power Root yang seluas 18 ekar dan terletak di Plentong, Johor Bahru.


PRODUK TERKINI DARIPADA POWER IMPIAN


PROPOCARE

MAKLUMAT PRODUK

PropoCare adalah produk Power Impian yang berasaskan propolis. Propolis di dalam PropoCare diperolehi dari Propolis Hijau Taiwan yang dipilih khusus untuk elemen Prenylflavanone atau lebih dikenali sebagai elemen PPLs. Elemen PPLs hanya boleh diperolehi dari orkid liar yang tumbuh di altitud tinggi yang didebungakan oleh spesis Lebah Itali alps (Apis Mellifera Ligustica) di Taiwan.

PPLs dalam PropoCare membantu dalam perkembangan otak dan kapasiti memori dan ia sesuai untuk warga tua, kanak-kanak sedang membesar dan juga pelajar.

PropoCare adalah 100% semulajadi dan kandungannya asli, pada pekatan tinggi dan tiada tambahan kimia.

MANFAAT:

Bahan-bahan di dalam PropoCare menggalakkan khasiat antibakteria, anti-keradangan, anti-gatal, anti-tumor, dan anti-oksidan.

Propocare mempertingkatkan sistem imun, mengawal daya imun dan daya tahan terhadap patogen secara berkesan. Tambahan lagi, ia boleh menghilangkan keletihan, sebagai penganti pantas untuk kekuatan fizikal dan mental, dan untuk warga tua, ia juga boleh membantu menghindari penyakit Alzheimer. Ia sesuai untuk kanak-kanak dan pelajar kerana ia menggalakkan perkembangan otak dan meningkatkan memori mereka. Ini pastinya amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar dan pelajar untuk meningkatkan kehandalan akadamiknya.


RAMUAN UTAMA

PROPOLIS HIJAU
Propolis adalah bahan pejal yang mengandungi campuran resin atau lilin pokok, lelehan liur lebah, debunga dan madu.

Propolis memiliki kompoun bioaktif yang kaya dan unik yang sedia bertindak dalam pelbagai fungsi seperti antibakteria, anti-keradangan, anti-gatal, anti-tumor dan anti-oksida. Ia juga membolehkan meningkatkan keberkesanan sistem imun, mengurangkan kandungan gula dan lipid.


LAKTOBASILUS
Laktobasilus juga dikenali sebagai Bakteria Asid Laktik. Asasnya ia menapai karbohidrat menjadi asid laktik. Probiotik seperti ini membantu penghadaman dan kesihatan tubuh kita.

Bakteria-bakteria terdiri daripada bakteria bermanafaat dan juga bakteria yang memudaratkan. Probiotik seperti Laktobasilus dan Bifidobakteria adalah bermanfaat kepada tubuh sementara bakteria seperti Basilus Kolon dan Clostridium Perfringen adalah jenis berbahaya kepada kesihatan manusia. Maka, apabila Probiotik lebih dominan (80% daripada jumlah), tubuh manusia akan kekal sihat dan begitulah juga sebaliknya. Lanjutan dari itu, berdasarkan beberapa kajian, Bakteria Asid Laktik adalah penting untuk tubuh manusia dan penting untuk fungsi fisiologikal.

ROYAL JELLY
Royal Jelly adalah suplemen nutrisi semulajadi. Ia adalah tinggi dalam protin, mengandungi Vitamin B, Asetilkolina, kaya dengan asid folik, Asid Pantotenik dan memiliki banyak jenis Asid Amino dan Sitokin yang diperlukan oleh tubuh kita.

Kajian saintifik dan praktik klinikal telah membuktikan kesan positif Royal Jelly terhadap kesihatan manusia. Bukti awal menunjukkan peningkatan kepada nutrisi, mengembalikan kekuatan otak, meningkatkan sistem imun manusia, anti-keradangan, melegakan sakit, menyembuh luka, menghindar dan merawat penyakit kardiovaskular dan serebrovaskular.


Cara Penggunaan:

Untuk mengekalkan kesihatan, ambil 1-3 paket sehari.




ELIGANZ

Maklumat Produk:

Siri ELIGANZ terdiri daripada
(i) ELIGANZ Rejuvenated Serum dan
(ii) ELIGANZ Brightening Mask. Siri ELGANZ disediakan untuk kulit kelihatan lebih sihat dan muda serta ia memberikan kulit anda tona yang lebih sekata, cerah dan berseri.

ELIGANZ REJUVENATED SERUM:
Bahan yang mengandungi pelbagai fungsi, amat berkhasiat dan boleh membantu dalam memperpanjangkan kemudaan dan kelihatan lebih cantik. Ia menyuburkan dan memudakan sel-sel kulit yang membantu untuk melawan tanda-tanda penuaan yang jelas dan juga mengandungi ciri-ciri kelembapan untuk mencegah kekeringan kulit.

ELIGANZ BRIGHTENING MASK:
Brightening Mask adalah direka khas untuk mengatasi masalah kekusaman dan tona yang tidak sekata. Ia membantu untuk meningkatkan kelicinan, menjadikan kulit rasa lebih gebu, menghalang proses penuaan, membaiki dan membina semula ketumpatan dan keanjalan kulit, mengembalikan kemantapan bagi kulit yang melendut dan mengendurkan. Ia menyuburkan dan memudakan sel-sel kulit yang membantu untuk melawan tanda-tanda penuaan yang jelas serta memberikan kulit anda tona yang lebih sekata, cerah dan berseri.


MANFAAT

ELIGANZ REJUVENATED SERUM:

* Menambah kembali kolagen
* Berkesan memperelok tona kulit
* Melembap dan melicinkan kedutan
* Mengekalkan keanjalan kulit
* Meningkatkan fungsi kekangan lembapan
* Menyuburkan lembapan kulit dan mengelakkan kekeringan

ELIGANZ BRIGHTENING MASK:

* Kesan pemutihan segera
* Mengelakkan pigmentasi kulit
* Mengaktifkan serat-serat anjal agar kulit licin dan mantap
* Mengembalikan kehalusan, mengurangkan kekasaran dan kekusaman kulit
* Memberikan kulit yang lembut dan berseri


RAMUAN UTAMA

AIR EKSTRAK PIC
Mengandungi Vitamin C, A dan pektin; ia boleh mengganti kolagen dalam kulit kami untuk mengekalkan kecerahan dan meningkatkan keanjalan kulit.

PROTIN SUTERA TERHIDROLISIS
Juga dikenali sebagai fibroin; mempunyai kesan pemutihan yang tinggi, berkesan menghalang penghasilan Melanin; meningkatkan keupayaan menyerap air dan ia akan membentuk lapisan halus kesan bertindih yang akan memberikan kulit yang lebih cerah dan berseri.

SACCHAROMYCES / XYLITUM BLACK TEA FERMENT
Nonapeptide-1 Magnesium Ascorbyl Phosphated (“NMAP”) juga dikenali sebagai Nanopeptide, adalah bahan larut air dari Vitamin C; berkesan mengurangkan penghasilan Melanin. NMAP jelas sekali sesuai untuk kulit kering, pori-pori kasar, kulit kusam berbintik-bintik; ia boleh mencepatkan metabolik keratin dan memberikan pemutih kulit yang sekata; mengembalikan keanjalan dan seterusnya memberikan kulit yang berseri.

GARAM SODIUM ASID HIALURONIK
Berkesan meningkatkan fungsi kekangan lembapan dan pada masa yang sama mengekalkan kelinciran kulit untuk rasa lebih gebu. Ia mempunyai keupayaan untuk menyerap air 500 kali ; maka ia digelar sebagai faktor pelembap yang menakjubkan.

ASID GAMMA-POLIGLUTAMIK
Memiliki kandungan Vitamin K2, Vitamin E dan Lesitin yang tinggi; memberikan kelembapan yang berpanjangan, kenjalan kulit dan juga melicinkan garis-garis halus.


RAMUAN

ELIGANZ REJUVENATED SERUM:
Pure Water, 1,3 Butylene Glycol, Glyccerin, Hydroxyethyl Urea, Oryza Sativa(Rice) Extract, Peach Extract, Laminaria Saccharina, Hyaluronic Acid Sodium Salt, Tocopheryl Acetate, Perfume, Hydroxyethyl Cellulose, gamma-Polyglutamic Acid, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, PEG-7 Glyceryl Cocoate, Vitamin A Palmitate, Xanthan Gum, Ethyl Ascorbic Acid, Methylisothiazolinone, CI 16035

ELIGANZ BRIGHTENING MASK:
Pure Water, Propylene Glycol, Peach Extract, Hydroxyethyl Urea, Saccharomyces, Hydrolyzed Silk Protein, Centella Asiatica Extract, PEG-40 Hydrogenate Caster Oil, Xanthan Gum, Gamma-Polyglutamic Acid, Sodium Hyaluronate, Hydroxyethyl Cellulose, Methylisothiazolinone, Perfume


CARA PENGGUNAAN

ELIGANZ REJUVENATED SERUM:
Gunakan 3 – 5 titisan serum pada muka yang telah dicuci dan mengurut dengan lembut.

ELIGANZ BRIGHTENING MASK:
Pakai masker muka ini selepas anda gunakan ELIGANZ Rejuvenated Serum. Tanggalkan masker selepas 15 – 20 minit. Sapu kering baki rejuvenated serum pada muka. Anda tidak perlu bilas muka anda dengan air.





MAKLUMAT PRODUK

ENGO adalah cairan minuman herba yang membantu meningkatkan kesihatan dan sistem imun. ENGO mengandungi 14 ramuan utama terdiri daripada herba-herba seperti Ganoderma Lucidum (juga dikenali sebagai Lingzhi), Cordyceps, Ginseng dan Rhinacanthus Nasuta (juga dikenali sebagai Lingzhi Angsa Putih). Herba-herba perubatan yang boleh dimakan ini kaya dengan bahan fisiologikal aktif seperti Polisakarida, Triterpenoids dan Superoxide Dismutase SOD yang amat penting dalam mengekalkan tahap kesihatan optimum.

ENGO adalah 100% semulajadi dan tidak mengandungi sebarang bahan kimia tambahan. Ia juga bebas daripada racun serangga, mikroorgsanisma dan/atau logam berat.

Sifat ENGO mengandungi herba-herba dengan unsur fisiologikal ditambah dengan ianya mudah diserap melalui kaedah sublingual akan membolehkan anda mendapatkan manfaat yang boleh diperolehi di dalam ENGO.

MANFAAT

Bahan-bahan aktif ini secara khususnya bermanfaat untuk membantu :-

* Meningkatkan peredaran darah;
* Perbaiki sel-sel hati dan meningkatkan fungsi nyah-toksin;
* Mengekang dan mengurangkan perkembangan sel-sel kanser/tumor;
* Peningkatan fizikal diri dan fungsi fisiologikal; dan
* Metabolisma dan meningkatkan kapasiti antioksidan menutralkan radikal bebas.



RAMUAN UTAMA

GANODERMA LUCIDIUM (“LINGZHI”)
Lingzhi mengandungi khasiat yang membantu penyucian darah, nyah-toksin tubuh, meningkatkan Qi positif, meningkatkan sistem imun dan ia juga memiliki khasiat anti-kanser dan anti penuaan. Ia mengandungi lebih 10 ramuan aktif termasuk Polisakarida, Ganoderma Lucidium Peptides, Triterpenoids dan 16 jenis Asid Amino, Protein, Steroid, Mannitol, Coumarin Glycoside, Alkoloid, Asid Organik dan Unsur Surih (Ge, P, Fe Ca, Mn, Zn, etc.). Tambahan lagi, profesyen perubatan moden telah mengkaji dan mendapati Lingzhi memberi kesan positif terhadap mengurangkan risiko serangan jantung; kardiovaskular, hati dan penyakit ginjal.

CORDYCEPS
Cordyceps dikasifikasikan sebagai fungi. Cordyceps hidup/tumbuh pada rumput Alps dan di tanah lereng bukit pada ketinggian 3,000 meter di atas paras laut. Ia amat sukar ditemui dan sangat mahal. Di zaman China purba, ia terkenal sebagai bahan penaik sahwat. Ada juga diperkatakan bahawa fungsi utama Cordyceps adalah menguatkan Qi, meningkatkan keupayaan pernafasan dan secara tidak langsung meningkatkan keinginan seks seseorang.

Cordyceps banyak menghasilkan kesan farmakoogikal terhadap sistem badan kita. Ia memberi manfaat kepada sistem saraf, sistem imun, sistem kardiovaskular, sistem pernafasan, sistem peghadaman, sistem kencing dan sistem pembiakan. Terdapat banyak artikal melaporkan dan mengesahkan bahawa Cordyceps telah digunakan sebagai satu rawatan untuk menghindarkan kerosakan ginjal, hepatitis, keradangan-immuno, penyakit kardiovaskular kronik, emfisema, tumor, masalah fungsi seks, pemindahan organ insomia dan penyakit-penyakit lain.

Selain daripada itu, Cordyceps bertindak sebagai tonik khususnya untuk menyuburkan dan perapian sistem tubuh kita dengan mengawal dan mengimbangkan sel-sel, tisu-tisu dan organ-organ badan manusia. Ini akan membantu dalam mencegah penyakit dan menguatkan sistem imun kita.


GINSENG
Ginseng sentiasa dirujuk sebagai salah satu tonik terbaik untuk mengekalkan kesihatan. Ia juga diketahui boleh meningkatkan Qi positif, meningkatkan fungsi endokrin dan menggalakkan penghasilan cecair untuk mengurangkan dahaga.

Bagi mereka yang dietnya lemah akibat dari kelemahan limpa dan/atau perut, Ginseng meberikan kemujaraban terbaik. Ginseng juga bertindak sebagai bahan penenang bagi mereka yang insomnia dan/atau jantung berdebar. Ginseng juga mengawal fungsi korteks otak, membantu perbaiki memori dan berkesan untuk masalah lupa, pening dan arteriosklerosisi serebrum.


RHINACANTHUS NASUTA
Ia juga dikenali sebagai “Lingzhi Angsa Putih”, Pantapanax, Gynostemma Pentaphyllum atau Fiveleaf Gynostemma. Struktur kimia Rhinacanthus Nasuta menunjukkan ia memiliki khasiat yang sama seperti Ginseng kerana kandungan pelbagai vitamin dan glikosida yang sama dengan Ginseng. Dedaun Rhinacanthus Nasuta boleh digunakan sebagai antiseptik semulajadi. Sejak dahulu ia selalu digunakan untuk merawat batuk, dan mengurangkan kahak. Khasiat-khasiat Rhinacanthus Nasuta termasuk:

1. Meningkatkan sistem imun;
2. Mengurangkan panas dalam badan dan memiliki khasiat anti-keradangan;
3. Merawat masalah rambut;
4. Mengurangkan risiko buasir;
5. Memberi ketenangan;
6. Menangani sembelit;
7. Membantu nyah-toksin dari hati;
8. Membantutkan pertumbuhan tumor; dan
9. Mengurangkan tahap lipid dalam darah.

CARA PENGGUNAAN

Untuk mengekalkan kesihatan, ambil 1-3 paket sehari.